Tuesday, May 3, 2011

PIAGAM PELANGGAN

JPNT :

1. Mempastikan kesemua kanak-kanak mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.

2. Mempastikan semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru dan staf sokongan secukupnya dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

3. Mempastikan semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan kemudahan pendidikan yang secukupnya dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

4. Mengurus dan menyelesaikan urusan perjawatan dan perkhidmatan personal dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan.

5. Menyelesaikan aduan pelanggan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

6. Mempastikan jabatan peka dan responsif kepada keperluan pelanggan

MISI DAN VISI

JPNT :

VISI - JPNT Pemangkin Modal Insan Terbilang 

MISI - Mempertingkatkan Komitmen, Merealisasikan Pendidikan Bertaraf Dunia

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

JPNT :

MATLAMAT :

Melahirkan Individu Mempunyai Kekuatan Lestari Melalui Pengurusan Pendidikan Berkualiti


OBJEKTIF :
1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran institut pendidikan.
2. Mempertingkatkan pembangunan prasarana pendidikan.
3. Mempertingkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek
    pendidikan.
4. Mempertingkatkan tahap profesionalisme mengurus pendidikan.
5. Mempertingkatkan permuafakatan pendidikan.

LOGO JPNT

JPNT :


JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

TERENGGANU TERUS UNGGUL DENGAN PENINGKATAN

JPNT :

Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan serentak hari ini, apabila gred purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun sebelumnya.
Pengecilan nilai gred purata negeri menunjukkan prestasi keseluruhan meningkat. Malah, peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon).
Selain itu, peningkatan juga direkodkan dalam peratusan calon yang lulus semua subjek, iaitu 2.96 peratus daripada 53.58 peratus (11,601 calon) pada 2009 kepada 56.54 peratus (12,182 calon).
Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud, berkata bilangan pelajar yang memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pelajar pada 2010.
Daripada 17 pelajar, empat daripadanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, tiga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu dan dua pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan SMK Sultan Ismail 2 (Kemaman).
Sementara enam pelajar lagi, masing-masing seorang daripada SMA Atas Sultan Zainal Abidin, SMK Tengku Lela Segara (Marang), SMK Lemmbah Bidong ( Setiu), SM Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), SMK Rantau Petronas (Kemaman); SMK Tengku Mahmud, Besut.
“Peratus calon yang mendapat minimum C dalam semua subjek yang diambil meningkat sebanyak 0.83 peratus daripada 15.52 peratus (3,361 calon) pada 2009 kepada 16.35 peratus (3,523 calon).
“Selain itu, daripada 72 subjek yang diambil oleh calon SPM, sebanyak 49 subjek menunjukkan peningkatan dari segi gred purata berbanding hanya 33 subjek pada 2009,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM peringkat Terengganu, di SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, hari ini (23 Mac).
Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau yang pertama kali meluangkan masa di majlis pengumuman peperiksaan awam negeri, kemudiannya menyampaikan komputer riba kepada 17 pelajar cemerlang yang memperolehi keseluruhan A dengan diiringi ibu bapa masing-masing.
Di akhir majlis, Dato’ Seri Haji Ahmad dan Encik Razali menerima kad ucapan tahniah sempena kecemerlangan SPM 2010 daripada ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Haji Zubir Embong sebelum mereka menurunkan tandatangan pada kain rentang yang memaparkan kejayaan peperiksaan keputusan itu.
Encik Razali berkata, secara keseluruhannya keputusan bagi sekolah seluruh Terengganu sangat memberangsangkan dengan peningkatan dari segi lulus C, lulus subje, jumlah subjek yang meningkat dari gred mata pelajaran dan nilai gred purata negeri berbanding 2009.
“Sehubungan itu, saya bagi pihak JPNT mengucapkan tahniah kepada semua calon, ibu bapa, pengetua, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, semua warga JPNT dan pejabat pelajaran daerah serta tidak ketinggalan kepada pemimpin negeri, YAB Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta semau pihak yang memberi sokongan dan komitmen melalui Program pendidikan Terengganu Terbilang,” katanya.
SUMBER :Unit Komunikasi Negeri